Program Hari Raya Aidilfitri @ UPMKB 2014’
 |
"Banner" Sambutan Hari Raya |
Assalamualikum…..dan Salam
sejahtera kepada anda semua selaku pembaca setia blog ini. Sebelum itu,
belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua
orang yang beragama Islam dari seluruh pelusuk dunia..huhu :D
Pada edisi kali ini, saya akan menceritakan pengalaman berhari raya yang
pertama kali dalam hidup tanpa keluarga terdekat di
sisi dalam meraikan kegembiraan dan kesyukuran menyambut 1 Syawal (Hari Raya
Pertama). Ini disebabkan beberapa faktor yang
tidak boleh dielakkan seperti tiket penerbangan yang agak mahal, faktor ekonomi, 'assignment' berlamabak dan sebagainya..sadisss jer ayat :(
Perasaan saya sememangnya amat sedih kerana tidak dapat pulang menyambut raya
di kampung. Tetapi dengan adanya program raya yang dianjurkan pihak kolej,
ia serba sedikit dapat menghilangkan perasaan kerinduan beraya di kampung.
Dengan menyertai program ini, saya dapat merasai pengalaman beraya jauh di
perantauan bersama pelajar-pelajar lain yang tidak pulang beraya seperti saya.
Program Lambaian Pelita Syawal 2014 yang bertemakan
‘Lambaian Kasih Menyulam Memori’. Berlangsung pada tarikh 27-31 Julai 2014 di Kolej
Sri Rajang 1 (KK1) dan Pusat Islam, UPMKB. Program ini di
bawah anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) dengan kerjasama daripada Pusat Islam
dan Kolej Sri Rajang.
Antara obkejtif program ini diadakan adalah untuk:-
Ø
Menyambut dan menimbulkan suasana hari raya aidilfitri kepada pelajar-pelajar
yang tidak pulang beraya di kampung halaman.
Ø
Memupuk semangat kerjasama dan daya kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Ø
Melibatkan para pelajar kepada aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak kolej dan MTM.
Ø
Merapatkan hubungan (silaturrahim) antara para
pelajar dengan kakitangan sokongan UPMKB yang menyertai sepanjang program
ini berlangsung.
Aktiviti malam raya:-

· Lokasinya berlaku di Pusat Islam UPMKB (PI).
·
Membuat kuah kacang dicampur ayam untuk dimakan di
pagi hari raya pertama.
·
Bergotong-royong dan bekerjasama dalam membuat persiapan untuk menyambut hari raya pertama.
Aktiviti Hari Raya Pertama :-

v
Pada waktu pagi sekitar 8.00 a.m, semua pelajar
Muslim beramai-ramai pergi ke Pusat Islam (PI)
untuk melakukan sembahyang sunat hari raya beserta melaungkan ‘Takbir Raya’
sebagai tanda kesyukuran kerana sudah berjaya melakukan ibadah puasa Ramadhan
dengan jayanya.
v
Selepas selesai sembahyang, mereka perlu mendengar
‘Khutbah raya’ yang disampaikan oleh Imam Masjid sebagai kata-kata nasihat yang
berguna.
v
Kemudian, para tetamu dan pelajar disediakan dengan jamuan hari raya.
Antara menu yang ada adalah ketupat, lemang, rending ayam, daging masak hitam, sate
ayam dan sate daging, kuih tradisi orang
Sarawak ‘Kek Lapis’ dan air sejuk berperisa.
v
Para
hadirin dijamu dengan jamuan hari raya disamping menonton drama-drama raya yang di
pasang skrin besar untuk tontonan semua.
v
Mereka kelihatan gembira dan bersyukur dengan penganjuran
program ini dapat mengurangkan kesedihan kerana tidak pulang beraya di kampung.
Antara aktiviti yang saya sertai sepanjang program
ini berlangsung dari hari ke-2 sehingga ke hari penutup adalah :-
Ø
Melukis ‘Banner’ sempena hari raya.

Pertandingan ini dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
yang diwakili lelaki dan perempuan. Masa yang diberikan selama dua jam
untuk menyiapkan satu banner. Peralatan-peralatan melukis telah disediakan olehpihak bertanggungjawab.
Ø
Senamrobik pagi.
Saya dan rakan-rakan lain menyertai senaman pada waktu pagi
yang bertempat di KK 1.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa kesihatan sangat penting walau dalam keadaan apa-apa
pun.
Ø
Pertandingan memasak hari raya.
Kumpulan saya telah memasak ‘Ayam Masak Merah’
dalam pertandingan itu. Terdapat juga beberapa kumpulan yang lain menyertainya.
Setiap menu masakan akan di adili dengan juri-juri khas.
Ø
Pertandingan karaoke.
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar lelaki mahupun perempuan.
Lagu-lagu yang dipertandingkan ini merupakan lagu yang bertemakan hari raya.
MAKANAN FREE...sape x nak kan. :D
Setiap kali
aktiviti-aktiviti ini dijalankan,
semua pelajar akan mendapat makanan dan minuman secara percuma yang
diedarkan oleh pihak penganjuran. Rasa
bersyukur kerana mendapat makanan dari banntuan ikhsan pihak kolej.
PENYAMPAIAN HADIAH....hamper2 besar2 kaw.
Penyampaian hadiah yang berlangsung pada malam penutup
program raya ini menandakan berakhirnya program ini dengan jayanya. Pelbagai hadiahyang
disediakan oleh pihak penganjur kepada para pelajar yang menyertai setiap aktiviti
yang dijalankan. Hadiah-hadiah ini menjadi rebutan setiap pelajar kerana nilainya yang
memang berbaloi jikalau menyertai aktiviti yang dianjurkan ini.
 |
Posisi:- Dari kiri Ayie, Lan, "AQ", Amir & Bawah tu Jang.. :P |
Sekian saaja coretannya, diharapkan anda semua gembira dengan artikel yang saya tulis ini. Selamat Hari Raya….Minal Aidil Wal Fai'izin :) :D