UPMKB Yg Terbaik dlm Kalangan Terbaik… J
![]() |
Pemandangan Pintu Masuk UPMKB (Pintu Belakang) |
Duniaku slepas
menjejak kaki ke peringkat Diploma di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu,
Sarawak a.k.a UPMKB telah banyak mengubah dan mengajar aku tentang erti
kehidupan sbagai s’org anak perantauan di seberang Semenanjung Malaysia.
Rutin kehidupan yang sama sebagai pelajar
tapi suasana tempat, persekitaran, budaya dan etnik yang berbeza-beza
menjadikan tempoh 3 tahun pembelajaran di sini mejadi lebih seronok dan memberi
pengalaman yang tak kan dilupakan sepanjang hayat sya.
UPM.Kampus Bintulu merupakan salah satu
tempat terdapatnya hanya satu fakulti iaitu Fakulti Sains Pertanian Dan Makanan
(FSPM) yang mempunyai beberapa buah Jabatan di bawahnya. Sebanyak 7 kursus di
peringkat Diploma dan satu kursus peringkat Sijil iaitu ‘Pra-Diploma’. Tempoh
pengajian di peringkat Diploma ialah selama 3 tahun (6 semester) dan peringkat
Sijil ialah selama 1 tahun (2 semester).
Antara kursus Diploma iaitu:-
1)
Diploma Kesihatan Haiwan Dan Peternakan (DKHP)
2)
Diploma Kejuruteraan Pertanian (DKP)
3)
Diploma Perikanan (DPI)
4)
Diploma Pertanian (DPT)
5)
Diploma Pengurusan Perladangan Dan Makanan (DPPM) – My
Couse :P huhu
6)
Diploma Perhutanan (DPH)
7)
Diploma PerniagaanTani (DPNT)
AKU BUDAK DPPM 14/17….
![]() |
Gambar kelas...(Baju Korporat) - Pkerja 'MayBank' katenyee tekk.. :) |
![]() |
Abg Senapang... :) |
DPPM tu ape…??? Merupakan ‘short form’ kpada
kursus DIPLOMA PENGURUSAN PERLADANGAN & MAKANAN.
Kursus ini di bawah Jabatan Sains Tanaman
(JST) diketuai oleh ketua jabatan iaitu Dr. John Kenn Chubo dan di bantu
barisan Doktor2 dan pensyarah yang berkaliber dan ‘terbaekkk dari ladang’….huhuhu
:D
Pelbagai aktiviti yang telah ‘kamekorg’ buat
sepanjang hampir 3 semester sdah ni….
Antaranya:- jeng..jeng..jeng. :P
Projek Ternakan Ayam Daging...









- Projek terbesar sem 3 ini, kami menjalankan ternakan ayam pedaging bagi mempelajari pengurusan ternakan ayam dari peringkat anak ayam tiba seumur 1 hari sampailah ke proses penyembelihan.
- Ternakan ayam ini mempunyai tempoh masa yang singkat juga iaitu sekitar 42 hari (6 minggu) lebih kurang camtu lah...Berat boleh mencapai 2kg seekor jika makanan diberi secukupnya sepanjang tempoh penjagaan.
Aktiviti Pemotongan Kuku kambing...
- Pemotongan kuku kambing dilakukan bagi mencegah dan mengatasi masalah penyakit kuku daripada merebak. Peralatan yang digunakan adalah 'Gunting kuku' khas untuk menjalankan pemotongan kuku kambing.
Aktiviti Membuat Tanah Campuran...
- Tanah campuran merupakan medium penanaman yang paling penting di peringkat percambahan biji benih.
- Tanah ini berfungsi menyokong pertumbuhan akar anak pokok. Selain itu, ia berperanan sebagai tempat berdirinya tanaman dan media yang menyediakan air dan unsur-unsur nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.
Penanaman "Bawang merah"- Program Buku Hijau Sem 1
![]() |
Order = AsparagalesKeluarga = Alliaceae Nama saintifik = Allium cepa var. aggregatum |
![]() |
Daun Bebawang yang boleh dipotong untuk dijual. |
No comments:
Post a Comment